Tahukah
anda bahawa ramai yang telah berjaya menjana pendapatan mencecah jutaan
ringgit dengan hanya memulakan sesuatu yang kreatif dan memuat naik
hasil karya mereka di YouTube? Apabila kita menyebut tentang
kreativiti, peluang untuk berkarya adalah sangat luas kerana tahap dan
bentuk kreativiti antara seoarng individu dengan yang lain adalah
berbeza. Peluang untuk berkarya dan memaparkan kreativiti anda di
internet adalah bak kata pepatah “Tak terjangkau dek akal” atau “Bak
dalam dan luasnya lautan yang tak bertepi”. Cuba bayangkan berapa ramai
penduduk di seluruh dunia yang mempunyai komputer dan kemudahan internet
di rumah ataupun di tempat awam yang berdekatan dengan mereka.
Jumlah penduduk dunia setakat bulan Julai 2011 ialah 6.97 bilion seperti yang dilaporkan oleh United States Census Bureau. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan YouTube pula menunjukkan bahawa setakat bulan May 2011,YouTube telah
merekodkan kekerapan tontonan sebanyak lebih 3 bilion dalam satu hari!
Satu jumlah yang amat besar. 99% daripada tontonan tersebut adalah
merujuk kepada tontonan video yang dimuat naik oleh sesiapa sahaja ke
lamanYouTube.
Mengikut statistik ini, peluang untuk seseorang menjana pendapatan melalui laman webYouTube amatlah besar. Tetapi anda perlu ingat beberapa perkara penting sebelum memulakan niat anda untuk memaparkan video anda di lamanYouTube. Anda perlu ingat bahawa anda akan dibayar oleh YouTube setelah anda diterima menjadi rakan kongsiYouTube (YouTube Partner). Awas! YouTube tidak
akan membayar anda jika kandungan video atau fail bukan dihasilkan oleh
anda sendiri. Jika ia adalah hasil kerja orang lain, anda perlu
menunjukkan bukti kepada YouTubekebenaran telah diberikan
kepada anda oleh pemilik fail atau video tersebut. Jika video atau fail
anda mengandungi gambar orang lain, anda juga perlu mendapat kebenaran
untuk memaparkannya di laman YouTube. Suatu video atau fail tidak boleh mengandungi gambar yang tidak sesuai bagi tontonan kanak-kanak.
Satu
contoh yang boleh anda ambil ialah mengenai Justin Bieber yang sekarang
ini tersohor kerana video nyanyiannya yang dipaparkan di YouTube. Justin Bieber sebenarnya tidak menjana pendapatan dari YouTube tetapi menggunakanYouTube hanya
sebagai landasan untuk menempah nama di dunia muzik dan hiburan. Ini
adalah kerana video yang beliau hasilkan mengandungi lagu yang sedia ada
tetapi beliau sebenarnya tidak mendapat kebenaran untuk menyiarkannnya
di YouTube.
Langkah-langkah yang perlu untuk memulakan usaha anda menjana wang melalui YouTube:
Langkah 1: Hasilkan video yang menarik !
Anda
perlu mempunyai perakam video yang bagus supaya kualiti video yang anda
rakam dapat dihasilkan dengan baik. Ide yang kreatif akan menjadikan
video anda kerap ditonton. Kebanyakan orang akan merekod aksi dan
gelagat binatang kesayanagn kerana mreka tidak perlu meminta kebenaran
untuk menyiarkan video tersebut di laman YouTube.Anda perlu ingat, tanpa kebenaran YouTube tidak
akan memasukkan video anda ke dalam program untuk menjana pendapatan
daripada iklan-iklan. Selepas rakaman, anda perlu membuat suntingan
supaya tempoh video yang siap tidak terlalu panjang. Pada kebiasaannya,
tempoh video yang selalu di muat naik ke YouTube adalah tidak
melebihi 4 minit. Anda juga perlu berhati-hati dengan proses memasukkan
audio supaya suara atau muzik latar dan gambar yang dipaparkan adalah
seiring.
Langkah 2: Cipta nama yang canggih dan mudah diingati
